Turkmenistan Business Journal
SEE OTHER BRANDS

The best news from Turkmenistan on business and economy

Ketidakstabilan geopolitik mencetuskan lonjakan dalam program kewarganegaraan melalui pelaburan

AUCKLAND, New Zealand, Oct. 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Perkembangan global mutakhir ini telah mendorong peningkatan ketara dalam minat terhadap program kewarganegaraan melalui pelaburan (CIB), menurut pengarah salah satu program yang paling baru diperkenalkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Kewarganegaraan Ketahanan Ekonomi dan Iklim Nauru, Edward Clark, berkata konflik di Eropah dan Timur Tengah serta pergolakan politik di Amerika Syarikat menjadi antara pemacu utama kepada peningkatan minat terhadap program tersebut.

“Ketidaktentuan global menyebabkan ramai individu berasa tidak pasti dengan kedudukan mereka di dunia, sekali gus mendorong mereka mencari pilihan kewarganegaraan yang lebih selamat dan stabil,” kata Encik Clark.

Beliau berkata seorang warganegara Amerika Syarikat baru-baru ini telah memohon untuk menyertai program Nauru, manakala sebuah keluarga dari Eropah yang baru memperoleh kewarganegaraan Nauru sedang mencari pasport kedua disebabkan ketegangan di rantau tersebut. Keluarga tersebut tertarik kepada program Nauru kerana ingin menyokong inisiatif ketahanan iklim.

Program Kewarganegaraan Ketahanan Ekonomi dan Iklim Nauru yang diperkenalkan pada awal tahun ini menawarkan perjalanan tanpa visa ke 89 negara, sambil membolehkan pelabur menyumbang kepada usaha ketahanan iklim dan pembangunan mampan di Nauru, yang telah diiktiraf oleh PBB sebagai negara kelima paling terdedah di dunia terhadap kejutan ekonomi dan iklim.

Encik Clark menjelaskan bahawa walaupun memiliki pasport berprestij, semakin ramai individu melihat program CIB seperti yang ditawarkan oleh Nauru sebagai langkah sokongan penting sekiranya berlaku ketidaktentuan global.

”Ketidaktentuan global, perubahan dasar serta situasi kecemasan menjadikan kepelbagaian melalui pasport tambahan satu langkah yang bijak. Justeru, semakin ramai warganegara Eropah dan Amerika Syarikat mula menyedari kepentingan memiliki kewarganegaraan kedua sebagai langkah perlindungan.

Selain itu, sekiranya berlaku konflik geopolitik besar seperti peningkatan ketegangan perang Ukraine-Rusia di Eropah, kewarganegaraan kedua boleh menjadi pilihan sokongan untuk mengelakkan perkhidmatan ketenteraan wajib atau situasi kerahan tenaga.”

Beliau menjelaskan bahawa warganegara dari negara yang pasportnya sensitif secara politik atau tertakluk kepada sekatan tertentu kini cenderung mencari alternatif pasport yang lebih neutral, bagi mengurangkan risiko pemeriksaan ketat semasa memasuki negara-negara di mana pasport asal mereka mungkin menimbulkan kebimbangan.

Namun, Encik Clark menegaskan bahawa kemasukan tidak dijamin.

“Keperluan ketat dalam proses semakan latar belakang, termasuk pemeriksaan kewangan, rekod polis dan pihak ketiga, menjadi asas kepada integriti program Nauru dan perkara ini merupakan nilai tambah yang menarik bagi ramai individu,” katanya.

“Dalam suasana global yang penuh ketidaktentuan, ramai individu mahukan jaminan bahawa pelaburan mereka disalurkan kepada program yang kukuh serta menawarkan perlindungan menyeluruh untuk diri dan keluarga mereka.

Kami menjangkakan minat yang berterusan terhadap program Nauru, terutamanya daripada mereka yang ingin menyokong negara pulau kecil dalam melaksanakan langkah-langkah menangani kerentanan ekonomi dan perubahan iklim,” katanya.

Perihal Program Kewarganegaraan Ketahanan Ekonomi dan Iklim Nauru

Program Kewarganegaraan Ketahanan Ekonomi dan Iklim Nauru ini bertujuan menarik pelabur yang benar-benar komited untuk menyumbang kepada pembangunan lestari negara pulau Pasifik, Nauru, melalui pendekatan yang menyokong ketahanan ekonomi dan iklim. Dengan menyertai program ini, pemohon boleh memperoleh kewarganegaraan kedua sambil menyokong usaha negara pulau tersebut dalam menangani perubahan iklim dan mempertingatkan ketahanan ekonominya.

http://www.ecrcp.gov.nr


Hubungan Media:
barbara@crcpr.com.au

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions